Dan janganlah engkau (Muhammad) sedih oleh perkataan mereka. Sungguh, kekuasaan itu seluruhnya milik Allah. Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui .
(Surah Yunus 10:65)
.antara black&white dan spektrum pelangi.antara muzik jalanan dan jalan cari Tuhan.ini kisah masa lalu. "maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Surah Al-Insyirah 94:5)
Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya. Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah orangorang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa. Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Seerah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka. Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu. Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan janganlah ragu. Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah.
Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyayang (Al-Ruum)
Ya ALLAH,yang Engkau hilangkan dari mata tidak mengapa,tapi jangan Engkau hilangkan rasa,agar aku tidak kehilangan cinta,
"sesungguhnya masa lalu adalah perkara yang paling jauh dalam hidup kita"so?